Nama kampung saya ialah KG LUBONG.Kampung ini terletak dalam Daerah Tambunan, iaitu sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Negeri Sabah.
KG.LUBONG telah diasaskan oleh beberapa orang penduduk kampung ini kira-kira dua ratus tahun yang lalu. Nama KG.LUBONG, lahir sempena peristiwa yang mengerikan berlaku suatu masa dahulu di kampung ini.
Mengikut cerita orang-orang tua dahulu, peristiwa ngeri ini berlaku semasa orang-orang kampung sedang mengadakan pesta keramaian (MOGINAKAN-dalam bahasa dusun) dalam sebuah rumah panjang. Keramaian ini berlangsung selama 7 hari 7 malam.Jadi, semasa keramaian ini berjalan, beberapa orang kampung telah mabuk, kerana minum tapai.Lalu, menangkap seekor kucing dan seekor anjing.Anjing dan kucing ini telah dipakaikan dengan pakaian dan dibawa menari mengelilingi rumah panjang tersebut,oleh beberapa orang, dengan diiringi oleh paluan gong dan sorak tawa oleh sekalian yang hadir.Tidak berapa lama kemudian hujan pun turun dengan sangat lebat, diiring oleh petir, guruh dan angin yang yang juga sangat kuat. Hujan itu berpanjangan sehingga tujuh hari dan tujuh malam.Sekalian yang hadir tidak sedar bahawa semaking hari air telah naik, kerana mereka terlalu asyik berpesta di dalam rumah panjang tersebut.Lama kelamaan air hujan telah menenggelami rumah panjang itu bersama-sama dengan penghuninya.Yang sebenarnya air itu tidak dalam,tetapi rumah panjang itu lah yang semakin lama semakin masuk ke dalam tanah dan terkubur bersama-sama dengan penghuninya.
Peristiwa ini telah diceritakan oleh sepasang suami isteri yang sama-sama berpesta pada masa itu,tetapi sebelum kejadian itu berlaku,suami isteri tersebut telah pulang ke rumahnya sendiri kerana yang si suami ini tidak berapa sihat.Jadi dalam perjalanan pulang,dalam hujan lebat,pasangan ini telah terjumpa seorang lelaki tua,dan menyuruh pasangan ini lari dari kawasan rumah panjang tersebut kerana,katanya sesuatu perkara akan berlaku.
Daripada peristiwa itu, maka tempat itu telah dinamakan LUBONG (perkataan 'LUBONG' dalam bahasa Dusun,bermaksud terkubur).
Daripada perkataan LUBONG itu maka,beberapa orang penduduk kawasan ini, telah bersepakat untuk menamakan tempat ini sebagai KG.LUBONG.
SEKIAN.